Friday, October 5, 2012

 0key hai ! assalamualaikkum , pernah kah anda tahu makanan tradisi kaum india , sekarang saya ingin kongsi beberapa contoh makanan tradisi kaum india , selamat membaca , haha . .

Nasi Daun Pisang
Masyarakat India terkenal dengan hidangan yang dimakan di atas daun pisang yang dipercayai boleh membantu sistem penghadaman. Nasi yang dimakan beralaskan daun pisang ini akan dihidang bersama dengan aneka sayur-sayuran, kari daging atau ikan, jeruk dan papadom. Biasanya ia hanya akan diletakkan kuah kari sahaja, dagingnya tidak dihidang bersama kerana nasi daun pisang ini merupakan makanan bagi vegetarian India dan secara tradisionalnya, ia akan dimakan dengan menggunakan tangan.
 
Roti Nan
Roti nan atau ada juga yang memangilnya roti tempayan adalah sejenis roti tanpa penaik (yis) yang dibakar dengan cara menampalkannya di dalam tempayan. Tempayan pembakar ini dikenali sebagai tandoor oleh penduduk Asia Tengah dan Asia Selatan. Roti yang berbentuk bulat dan nipis ini akan disapu dengan mentega atau minyak sapi dan enak dimakan bersama kuah dal, kari atau ayam tandori.


0key hai ! assalamualaikkum ,

Bagaimana sambutan Tahun Baru Cina tanpa Yee Sang? Tentu rasanya tidak lengkap kerana ia telah menjadi makanan tradisi setiap kali tibanya Tahun Baru Cina sebagai hidangan utama ketika makan besar pada malam sebelum sambutan perayaan tersebut. 

Bahkan, warna adunan yee sang itu sendiri dikatakan simbolik kepada kemeriahan sambutan tahun baru yang diraikan dalam suasana ceria dan gembira. Merah, hijau, oren dan putih antara adunan warna yang sering dilihat dalam pinggan besar sebelum ia digaul beramai-ramai oleh ahli keluarga atau sahabat handai.
pernah anda tahu bagaimana tercipta nya makanan yg unik ini ? haha , hari ni saya akan berkongsi maklumat dengan anda semua ,
Yee Sang

bahan-bahan yg terdapat didalam Yee Sang

Menurut sejarah, Yee Sang dipercayai dicipta kira-kira 1,500 tahun lampau di kawasan pantai selatan China terutamanya di wilayah Chaozhou dan Shantou semasa pemerintahan Dinasti Song.Idea menghasilkan hidangan ini muncul kerana terdapat lebihan makanan seperti keropok, lobak merah, lobak putih, limau bali, halia dan sebagainya selepas merayakan Tahun Baru Cina.Disebabkan tidak mahu membazir, mereka campurkan saki baki makanan itu dan ditambah dengan perasa seperti sos pelam, lada hitam dan putih serta minyak untuk membangkitkan rasa. Dengan itu terhasillah hidangan unik yang dipercayai membawa kemakmuran, kemewahan dan tuah dalam masyarakat tersebut.

capatti , makanan tradisi kaum india
0key hai ! assalamualaikkum , disebabkan kita ni 1Malaysia , s0 hari ni saya nak p0st gambar contoh makanan tradisi india dan cina walaup0n title bl0g saya ni makanan tradisional melayu , tapi p0st harini membuktikan Malaysia sebuah negara yang berwarna-warni , warna-warni disini membawa maksud mempunyai kaum yang pelbagai .
dim sum , makanan tradisi kaum cina
tenggiri masak lemak cili api
selain dodol , ada lagi satu contoh makanan tradisi melayu .. jeng3 .. nyum nyum
sya sbg kaum melayu sngat ska mkanan ni .. cubalah :D

Wednesday, October 3, 2012


       

 
DODOL

salam , di Malaysia terdapat pelbagai jenis kaum.setiap kaum mempunyai makanan tradisi tersendiri mengikut kaum masing-masing.
Saya sebagai bangsa melayu juga mempunyai makanan tradisi,contoh makanan tradisi kami ialah dodol,bahulu,ketupat,dan lain-lain lagi.