Friday, October 5, 2012

0key hai ! assalamualaikkum ,

Bagaimana sambutan Tahun Baru Cina tanpa Yee Sang? Tentu rasanya tidak lengkap kerana ia telah menjadi makanan tradisi setiap kali tibanya Tahun Baru Cina sebagai hidangan utama ketika makan besar pada malam sebelum sambutan perayaan tersebut. 

Bahkan, warna adunan yee sang itu sendiri dikatakan simbolik kepada kemeriahan sambutan tahun baru yang diraikan dalam suasana ceria dan gembira. Merah, hijau, oren dan putih antara adunan warna yang sering dilihat dalam pinggan besar sebelum ia digaul beramai-ramai oleh ahli keluarga atau sahabat handai.
pernah anda tahu bagaimana tercipta nya makanan yg unik ini ? haha , hari ni saya akan berkongsi maklumat dengan anda semua ,
Yee Sang

bahan-bahan yg terdapat didalam Yee Sang

Menurut sejarah, Yee Sang dipercayai dicipta kira-kira 1,500 tahun lampau di kawasan pantai selatan China terutamanya di wilayah Chaozhou dan Shantou semasa pemerintahan Dinasti Song.Idea menghasilkan hidangan ini muncul kerana terdapat lebihan makanan seperti keropok, lobak merah, lobak putih, limau bali, halia dan sebagainya selepas merayakan Tahun Baru Cina.Disebabkan tidak mahu membazir, mereka campurkan saki baki makanan itu dan ditambah dengan perasa seperti sos pelam, lada hitam dan putih serta minyak untuk membangkitkan rasa. Dengan itu terhasillah hidangan unik yang dipercayai membawa kemakmuran, kemewahan dan tuah dalam masyarakat tersebut.

No comments:

Post a Comment