Friday, October 5, 2012

 0key hai ! assalamualaikkum , pernah kah anda tahu makanan tradisi kaum india , sekarang saya ingin kongsi beberapa contoh makanan tradisi kaum india , selamat membaca , haha . .

Nasi Daun Pisang
Masyarakat India terkenal dengan hidangan yang dimakan di atas daun pisang yang dipercayai boleh membantu sistem penghadaman. Nasi yang dimakan beralaskan daun pisang ini akan dihidang bersama dengan aneka sayur-sayuran, kari daging atau ikan, jeruk dan papadom. Biasanya ia hanya akan diletakkan kuah kari sahaja, dagingnya tidak dihidang bersama kerana nasi daun pisang ini merupakan makanan bagi vegetarian India dan secara tradisionalnya, ia akan dimakan dengan menggunakan tangan.
 
Roti Nan
Roti nan atau ada juga yang memangilnya roti tempayan adalah sejenis roti tanpa penaik (yis) yang dibakar dengan cara menampalkannya di dalam tempayan. Tempayan pembakar ini dikenali sebagai tandoor oleh penduduk Asia Tengah dan Asia Selatan. Roti yang berbentuk bulat dan nipis ini akan disapu dengan mentega atau minyak sapi dan enak dimakan bersama kuah dal, kari atau ayam tandori.


No comments:

Post a Comment